=
//The Roses
The Princess
~Hey you! Touch The Picture~



Home About Linkies Stuff

Assalamualaikum and Hello! Welcome to my Blog. Enjoy your trip here!.Peplace with yours.
silent reader(s)

Online : I'm Active Now

My Superman : My Abah





Tagboard!

WECHAT TIME
Ada Hal nak tanya ? nak bincang Boleh ke sini.
Wechat ID :- WifePandaComel
Haloo Blogwalking : Follow me in twitter ;)


Back to past



Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template: Intan Aqilah
Edited By: Lynda Haslinda
Others:   


Kepala ku kusut part 2

Sangat tidak adil bagi Lina, bila aku tak selit kan nama dia dalam senarai Bestfriends forever i, eh padahal dia lah yang paling lama dengan aku :') I'm sorry babe. Sini sini i nak cerita lah ni. (Kepala ku kusut ) part 1 tu kisah (Aku, Airis , Afiqah) and now i want to story morry about our best moment sepanjang persahabatan kita berempat ni. Ops maaf kalau aku ingat ingat lupa. Ehh kira baik tau aku nak terbit kan entry pasal kalian. !

Cuba pikir tetiba korang ditakdirkan bangun tidur terlanggar dinding pastu hilang ingatan ! Omaigadd tak ke rugi kau dah terlupa benda benda indah yang kita berempat lalui bersama ! Uish sangat rugi. Maknanya entry ini dapat membantu anda mengingat kembali kisah lampau anda. Tambah tambah kita ni kan memang kuat lupa ! tu lah kau makan PAK AJI banyak sangat ! Hah lagi lagi Lina yang kuat makan tu :'3 Pikah n Airis banyak telan semut. 

Tipu lah dah kawan dengan diorang bertahun lama nya tapi tak banyak kenangan kan ? (Hek eleh mcm lah lama sangat ) Hhahhaa macam entry Kepala ku kusut part 1 tu, dah tahu lah kat situ kisah mcm mana menuju kearah hubungan yang lebih baik kan ? yang punya banyak konflik yang 89 peratus nya berpunca dari aku . Eh ? Haahahhahahahahahhahahhahahahahha tanya mereka betul atau tidak ! Hhahahhaa hati hati berkawan baik dengan saya jikalau anda seorang yang tidak tahan cabaran dan ciwek orang nya jangan dekati saya kerana saya kejam orang nya, ecehh poyo gila kan aku ni? Dah diam.

So kira mereka ni dah lepas saingan lah, dan berjaya menjadi manusia terpenting dalam life aku (selain family) Eh tapi aku rasa aku lagi rapat dengan diorang kerana, yeah kerana dari pagi hingga ke petang aku berada di sekolah bersama mereka and masalah semua cerita pada mereka. Dan balik kerumah hanya untuk makan tidur melindungi diri. Airis selalu mengajar aku menjadi manusia yang kurang berhati perut (sebab selalu aku dengan dia komplot bahan Lina n pikah ) muahahahahahha selalu kalau kejer membahan 2 ekor manusia nie serah pada kami. 

Bukan sebarangan gurauan tau kami kenakan, jikalau anda tidak kuat mental dan fizikal anda bakal menetap/,mendaftar diri di Hospital bahgia selepas berkawan dengan kami untuk mencari sedikit ketenangan. Hahahahahh ek elehhh mcm kejam sangat je kan ? Jap nak list kan.

  1. Selalu berkata pada pikah kita ni berlainan darjat. Yeah macam langit dan bumi *muka bongkak* Maaf ye tak habis cakap lagi Darjat ketinggian bukan kekayaan. sesungguhnya kami sangat berserdehana :')
  2. Me, selalu ejek Lina or jerit nama Lina dari jauh dengan panggilan "Oh my Lina boyot !" ataupun kalau kita panggil dia, dia tak dengar, bila kami jerit "Woi Lina boyot ! " beliau terus tertoleh kearah kami . Nampak tak ajaib ? Hahahahahhahahahaahaha kenapa boyot ? oh nanti i cerita hokays ! 
  3. Jodoh jodoh kan pikah dengan Cikgu disiplin sekolah yang bermisai lentik , berpulau di tengah kepala, ketinggian beliau sedarjat dengan pikah. HAHAHAHAHHAH maaf nama terpaksa dirahsiakan atas sebab menghormati pihak disana. 
  4. Jodoh jodoh kan Lina dengan Ustaz paling pemes di sekolah. Hhahahahahha yang comel lote bila berdiri di sebelah Lina paras nya hanya die lengan Lina *cry* Hhahahhaha ketinggian mereka tak sedarjat, tak seperti pikah dan Amad. Halamak ! terlepas cakap pulak. 
  5. Selalu terbayangakan macam mana kalau Lina betul betul jadi bini ustaz tu ? Masyaallah brother ! Hahahahahhahahah
Hek eleh tak kejam pon kan ? Tapi kami seksa mentel mereka ! kesian. Eh aku dengan Airis tak kena bahan ke ? Eh tak gila berani diorg nak bahan kitaorg ?! *muka garang* Hhahahahahhahah Bukan sebab tu, tapi sebab kami dengan rela hati menjodoh kan diri kami dengan salah seorang guru Veteren sekolah tu. Hahahahah macam Airis rela menjadi isteri Cikgu eh eh lupa lah nama beliau ! jap ye nak selak majalah sekolah. jap jap give me five minutes ! Oky dah ingat nama dia cikgu Razali ! Muahahahahahhahahhaahhahaha Airis rela ok ! bukan aku reka cerita 

Aku pula dengan tak tahu malu nya mengaku sebagai kekasih gelap cikgu Ahyar Hahahahahhahahahhaha For your information Athlah & Alya juga tidak terkecuali meemndam perasaan kepada Beliau Hhahahahhaha kami bersaing secara sihat, Aku menggelar diri ku isteri 2, Alya 3, Tilot 4. Eh pertama mana ? Eleh pikir lah opkos lah pertama tu Bini asli dia ! Ish ! Yang selalu ditindas sudah tentu Athilah yang selalu mengalah dengan kami madu madu gila kuasa ni. Alya suka bersaing cara kotor ! sebab dia dengki ahyar sayang aku lebih (eh perasan) Hahahahhaha salah satu cara dia, die suka lambai lambai tangan ke arah Ahyar bila Ahyar dah habis mengajar ! eh sakit hati kot ! mengada ngada gila, aku tak lambai pon aku just kenyit mata je lepastu bagi flying kiss melalui udara sopan lah sikit kan ? hmm 


Comel kan kami ? Oh maaf Fana tak tergolong. Muahahahhaha. 

Antara memori yang masih segar dalam ingatan is 


  • Pernah ejek pikah pasal lobang jamban sampai dia deman. Muahahahhahahah
  • Kalau lalu depan Ustaz Firdaus mesti aku and Airis tarik nafas dalam dalam sambil kembang kempis hidung sebab nak bau minyak wangi yang dia pakai yang wangi gila wey ! Usih lepas dia lalu je mesti kitaorg gelak.
  • Pernah panjat tembok sekolah sebab nak lari pi Nsk. HAHAHAHAHHAHHAH
  • Pernah tengok kucing mengawan sama sama dengan Lina dengan khusyuknya HAHAHAHHAHA
  • Pernah kena berdiri luar kelas sebab bantu pikah jawab soklan sejarah :') kejam kan cikgu tu ?
  • Kalau cikgu SHTI (Gelaran diberi) mengamuk dan suruh semua berdiri aku and Airis dah pegang tangan sambil menggigil, gedik kan ? Hhahahha
  • Selalu main lari lari dalam surau sekolah sambil campak campak stokin (yang selalu jadi mangsa seperti biasa LIna n Pikah)
  • Selalu pandang muka Lina dengan penuh muslihat dan musibat bila Ustaz Sabari marah budak budak degil kat surau sambil berkata "Jangan sampai saya gunakan kata hati saya ye " Hhahahhahahaha 
  • Pernah kutuk each other (ops) Hahahahahhahah 
  • Pikah suka pakai tudung terbalik pegi sekolah, lepastu kena gelak dengan kitaorg. (kitaorg sedar pon 1 jam sebelum balik) Hahahahahahhahahaha maaf bukan sengaja tak sedar. Mmg tak sedar.
  • Pergi mana mana mesti akan pasti selalu dengan Airis, so bila aku jalan dengan pikah org selalu tnye "Eh Lyn Airis mne ? " Muahahaha
  • Orang yg tk kenal selalu cakap Aku kakak pikah (-_-") pikah Adik haku -.- eh sama sangat ke muka ?! Tulah pikah kau pendek sngt ! (ye aku salah kan ketinggian pikah dalam hal ini)
  • Boikot tak nak kawan dengan pikah, sebab die couple senyap senyap dengan Aizar -__-


Argh macam macam lagi lah, kalau aku list kan semua mmg tak akan habis sehingga esok pagi. Macam macam benda yang diorg buat untuk aku, yang buat aku rasa aku lah manusia paling sempurna dalam dunia ni sebab Allah kurniakan mereka pada aku. Setiap kenangan aku semat kan dalam memori minda aku (sebab pendrive yg ada gambar korg buat hal -_-") sedih tau. tapi tak per sabar. 

Aku ingat lagi dulu pikah bawak coklat pi sekolah, lepastu aku gurau dengan dia "eh nak bgi Lut rasa lah !" Hhahahahha lepastu pikah dengan mulia hatinya nya izinkan wey :') satu bekas coklat tu dia suruh aku kasi kat Lut , and dengan bongkak nye aku cakap aku yg buat >_< Hahahahahhaahahhahahahhahahahhahahahhahahahhahahha MAAF LUT ANDA DITIPU Hhahahahhahahahahhahahaha tapi disebabkan kejadian tu for the forst time dalam sejarah hidup Lut datang kelas cari aku :'D Hahahahahhahahha yelah mamat tu kan pemalu nak mati. (i like) 

Airissa sanggup habiskan masa dia untuk teman aku pi MyOne , PS , mcm mcm lagi, and ajar aku Math sampai berkali kali, sehingga pemikiran aku terbuka. Airis akan selalu back up aku dalam segala hal. Selalu ada dalam semua hal, dalam semua masalah, dalam semua episod bahagia dalam hidup aku. Dia tak pernah tertinggal.

Lina jarang ada kawan baik, sekali dia ada dia jaga elok elok :') Pernah satu hari tu aku teringin sangat nak makan keropok leor bawah jambatan tu, lepastu die ajak lah keluar klau nak pi beli, tapi guard jaga kat depan :'( tak dapat lah merasa. Esok nya aku datang sekolah tengok tengok dia datang die bagi satu bungkus keropok lekor tu " Nah , semalam kan kau cakap kau teringin nak makan , so aku belikan lah tadi aku lalu kat situ " Alaaahhh nak nangis ! 

Bersyukur Allah kurniakan aku  sahabat sahabat seperti mereka. Yang selalu buat aku rasa manusia paling bertuah, sebab diorg syg aku. Hhahahhahahahahah 

Aku buat entry ni, atas permintaan terakhir Airissa, sebelum aku pindah ke sekolah :'( sebab dia cakap nnti kalau dia rindu dia nak baca :') aku sempat kan jugak, untuk kau. Sedih tau, tahun ni terpisah dengan Airis :'( dah lah tak kelas sama ! kurang gila masa nak spent time berdua ! sedih weyyy ! Lepastu baru beberapa minggu sekolah, aku dah dapat tawaran Ke Ranco Marine. Dan terpaksa meninggalkan mereka mereka ni :') 

Semalam ye semalam last day aku kat sekolah, senanya tak dirancang pon last day , tapi dah settle semua benda so baik tak payah datang dah. Yang terkilan tu tak sempat nak salam, peluk , cium diorg sebelum pergi. Menangis jugak balik tu .. Menangis terkenang kan Airissa. Serius aku tak tahu kenapa dalam banyak banyak kawan aku paling tak sanggup nak berpisah dengan dia :'( rasa macam terpisah dengan separuh jiwa. 

Petang semalam turun bawah jap, nak minum air tetiba aku dengar org ketuk pintu rumah.. Lpstu dengar someone call my name.. Bukak pintu tengok Airis ! kelam kabut aku cari baju (sebab time tu hnye pkai tuala ) Dia datang rumah bawak hadiah, die bawak beg ... yang paling terharu dia belikan bear besar untuk aku ! terharu kot mcm tahu tahu mmg dari dulu aku teringin nak ada bear besar. Terharu gila sebab dia sanggup datang magrib magrib nak jumpa aku :'( 

Saat tu, kitaorg peluk buat kali terakhir sebelum berpisah kan, mintak maaf apa semua, kalau boleh tak nak lepaskan pelukan tu, ye sampai skrg aku menangis sebab terkenangkan segala pengorbanan kau untuk aku, aku rasa aku manusia paling bertuah bila dilayan mcm tu dengan kau. Lama tau peluk dengan dia, menangis tu tak payah ckp lah, kalau boleh aku nak bungkus Airissa bawak pi Terengganu sekali ! Tak sanggup doh time tu nak lepaskan dia... 

Segala pesanan yang kau cakap semalam aku akan ingat dan aku janji aku tak kan kecewa kan kau, aku akan belajar rajin rajin kat sana, and buktikan kat kau , aku boleh berjaya. Sentiasa lah doakan aku disana ye :') 

Entry lepas mulanya cakap mcm Airis nak pindah dulu, tetiba aku yang akan pergi dulu.. Lagi sakit ditinggalkan dari meninggalkn kan ? So better aku pergi dulu daripada tengok kau yang akan tinggalkan aku nanti. Lagi lah aku tak sanggup. 

Pesanan aku, teruskan perjuangan kalain disana , Airis sebelum pindah tu, tengok tengok kan Lina ye, Jgn bagi dia melepak je ! bebel je kat dia kalau dia degil. Suruh dia buat semua homework dia, Belajar sungguh sungguh buktikan kat mak ayah dia, yang die pon boleh berjaya mcm kakak2 dia. Pikah sepanjang kat SMK Meru lagi jangan dah tak rehat ngan Lina tau.. Jangan pisah ye.. Kawan sampai bila bila. Jaga dia ye, jaga diri sekali. 

Jangan pernah lupa semua kenangan kita, benda bodoh atau cerdik yang kita pernah buat sama sama. Segala larangan yang kita buat sama sama, Jaga diri, jaga solat, belajar rajin rajin. Jumpa lagi :')