=

|
The Princess ![]() Assalamualaikum and Hello! Welcome to my Blog. Enjoy your trip here!.Peplace with yours. Online : I'm Active Now My Superman : My Abah Tagboard! WECHAT TIME
Ada Hal nak tanya ? nak bincang Boleh ke sini.Wechat ID :- WifePandaComel Haloo Blogwalking : Follow me in twitter ;)Back to past Credits!
| Kepala ku kusut :'3
Sebelum aku membebel apa benda yang kusut kan kepala otak aku ni, maka ada baik nya aku selit kan sekeping gambar kenangan kami bersama :') Eh kenangan kita semua nya indah indah belaka walaupun selalunya annoying nak mathey. Okay kembali kepada tajuk aku nak describe lah natang apa yang buat kepala aku kusut ni. Izinkan saya list.
Mesti kalian pernah rasa kan apa yang aku rasa, mesti down gila kan bila dapat tahu sahabat yang selalu ada dengan korang, yang kita selalu tiru homework dia, yang kita selalu nangis sambil peluk dia, yang kita selalu menggedik dengan dia akan pindah sekolah. Tipu lah tak sedih. Macam aku, Airissa besar kemungkinan akan pindah masuk ke asrama penuh wey :'( and akan tinggalkan aku dengan pikah disini 8'( . Yeah sejak habis Pt3 haritu benda ni lah kusut kan kepala aku, sebab tak sanggup tak pisah dengan dia.
Selama ni, dalam kelas aku belajar , aku rasa dunia aku lengkap sangat sebab kiri kanan aku ada sahabat sahabat aku :') aku toleh kanan ada pikah comel, yang akan selalu aku usik bila bosan dalam kelas dan akan gelak mcm orang tak cukup nafas bila bersembang dengan aku. Aku toleh kiri ada Airis yang manis, yang selalu akan bantu aku dalam pelajaran bila aku "slow" kalah siput dalam kelas :')
Nampak tak betapa lengkap nya kehidupan seharian aku dalam kelas ?
Kenapa lah setiap pertemuan mesti ada perpisahan ? Eh tak boleh ke bagi kita orrang bertiga sama sama sampai bila bila ? Eh tak boleh ke bagi kitaorg sama sama pandai ? Eh boleh tak kitaorg kahwin bagi tak payah berpisah ? Hahahaha seriusly ! Tahu tak stress bila hilang salah satu "penyinar" hari hari aku di sekolah. Sedih tahu tak sedih. Bila setiap tahun, saban hari menghadap 2 kurniaan tuhan yang diberikan pada aku ni, tiba tiba tahun ni salah seorang daripada kita kena pergi :'( demi meneruskan langkah ke menara gading. Meninggalkan kami berdua di sini :'/ tak lengkap tahu tak bila pagi pagi tak dengar Airis membebel suruh aku siap kan homework, tak lengkap bila tak dengar Airis buat lawak, tak lengkap bila tiada pikah yang sentiasa buat aku gembira , tak lengkap bila tiada pikah yang rajin bawak kek pergi sekolah.
Ok today aku nak jadi jujur lah. Ops pikah & Airis sorry kalau terasa. kehkehekeh. Kita bertiga start rapat time pertengahan form 1 kan ? Time tu aku masih tercari cari sahabat sebab aku pon hidup merempat dalam kelas tu sebab tiada kawan baik, sebelah aku kosong :'( sunyi nya time tu. Lepastu pada suatu petang tu, kitaorg masuk bilik KHB and cikgu suruh bahagi bahgi kan kumpulan 2 orang satu kumpulan and macam biasa aku tiada kawan :') maka datang lah Afiqah yang menyinari hari hari ku, sebab pikah pon tak der kawan time ni. Hahahahahahah. Mula mula tu memang janggal lah nak sembang dengan dia even kitaorg dah kenal lama sebenarnya. Tapi esok nya tetiba boleh rapat pulak kan ? Aku ajak pikah duduk sebelah aku ! and since that indah dah lah hari hari aku dengan ada nya seorang sahabat periang seperti beliau !
Start rapat dengan Airis pulak sebab apa ek lupa pulak, tak silap aku, aku mintak tunjuk ajar Airis kot. Fyi, Airis ni budak kawad dan sangat, sering, selalu tiada dalam kelas sebab tu aku jarang nampak dia dalam kelas. And bulan 6 tu dia dah tak kawad dah so sering lah ada dalam kelas. And untuk maklumat anda juga aku dan Airis ni dulu tak sebulu atas beberapa faktor yang tak dapat di elakkan. Hahahahahha lawak tau ! tak nak ingat >.< mcm bodoh je. Lepas daripada tu kitaorg start rapat bertiga ! oh ye berempat plus Aiman Jamal.
Dulu aku ni pengawas makmal and sahabat sahabat aku yang pengawas makmal tu berhenti atas beberapa sebab & konflik. And tahn aku and Aiman Jamal pon offer lah Airissa & Afiqah untuk jadi Pengawas makmal sekali. Pergh time tu lagi rapat lah kitaorg kan. Lepak sekali, melalak sekali apa semua sama sama. Ya allah seronok nya time tu.
Actually kitaorg time start rapat tu kitaorg senasib tau, sama sama malang time tu, Aku gaduh dengan kawan baik aku and putus kawan dengan 2 orang daripada geng aku, ( Lina, Aku, Saidatul, Amira, Fatiha ) Kira aku putus kawan dengan Fatiha & Amira je lepastu kawan yang lain still ikut aku like Lina and Saidatul eh kitaorg kawan dari darjah 6 kot tetiba Amira datang and Teha rapat dengan Mira and timbul lah beberapa konflik yang menyebabkan kami dah tak sebulu. Lina and Sai masih setia bersama aku hingga ke hari ini :') Thank u dear.
Afiqah pulak keluar dari geng dia sebab geng dia selalu pinggir kan dia, lagi apa tah, dari situ aku selalu tengok pikah rehat sorang sorang ! Hah dah ingat dah kisah nya ! sebab selalu tengok dia sorang sorg aku ajak dia rehat dengan kitaorg sekali. Dan menjadi rapat. Time rapat dengan dia still dalam konflik dengan 2 ekor manusia ni, dan Afiqah lah yg selalu sabarkan aku bila aku marah.
Airissa pulak, dia ada salah faham dengan geng kawad dia, besar jgak lah kot masalah time tu, and Airis lonely lah jugak kesian aku tengok dia, and kitaorg pon start lah rapat dengan dia. Aku teringat Airis pernah cakap " Dulu aku nak tegur Lyn, tapi Lyn mcm garang " Pikah pon cakap benda sama. And see sekarang siapa yg kawan dengan aku ? Hahahahahhaha
Lepas daripada tu aku bawak lah diorg kawan dengan kawan kawan lama aku ( see aku tak lupa kawan lama tak macam orang tu --" ) and kita ber6 start rapat. Rapat sangat sangat. Macam macam benda kita buat. And sampai lah tahun depan nya, awal tahun tu kita ber3 ada konflik. Ok kita mmg jarang gaduh besar kan ? sampai boleh ingat apa yang kita gaduh kan. Hahahahahahah. Gaduh pasal Airis tak nak jadi PRS padahal dah janji tahun lepas. Lepastu lagi satu kes kawan lama Airis masuk sekolah Meru balik and dia nak rapat mcm dulu balik dengan Airis ( Ain I hope u not read my blog ) aheherher sorry. Padahal dah happy happy dah time tu, mmg gaduh besar lah time tu, bukan gaduh sebab apa gaduh sebab rasa macam Airis nak tinggalkan kitaprg bila dah ada kawan lama dia balik ! :'( sedih tahu tak, malam malam selalu nangis sebab tak nak hilang Airis. Lepas tu ofc lah Airis serba salah, aku pon ingat ingat lupa cerita ni.
Lepas dah perang mulut tak nak bercakap apa semua, eh siapa kot boleh tahan gaduh dengan BFF sendiri ?! eh terseksa tahu tak. Tepat tanggal Harijadi aku 14.1.2013 , time tu aku dengan pikah bertugas makmal, and nak pergi kantin opkos lalu Koop, hari Isnin Airis bertugas Koop, dalam kepala otak aku time tu, aku dah tak nak gaduh , mmg aku nak mintak maaf pon kat Airissa. And bila lalu depan koop Airis panggil nama aku lepas tu wish "Happy birthday Lyn :")" wey terharu kot ! lepastu aku terus peluk Airis and mintak maaf dengan dia, and kitaorg bertiga peluk lah mintak maaf sama sama. Eh lawak kan kitaorg ? Hahahhahahaha lepas dari tu, kitaorg kawan mcm tiada apa apa yang berlaku. Oh biasa lah kita belum kenala sepenuh nya mesti lah ada salah faham kan , salah faham membuat kan kita kenal each other.
Ku selit kan gambar aku dan Airis. Eh eh pikah mana ?! Hah ni nak cerita ni. apa apa pon aku mintak maaf banyak banyak kat pikah sebab sebelum ni suka buat jahat dengan dia ! Wey serius aku BENCI nak mati dengan aku dulu bila pikir balik ! Eh Lynda kau tak de hati perut ke hah ?! time lepas baik dengan Airis tu beberapa bulan lepas tu, aku ada konflik dengan pikah, seriusly aku tak tahu kenapa ! Eh gedik kot aku ni ! Maaf pikah aku janji tak kan ulangi benda bodoh tu lagi. Secara jujur nya aku memang rapat gila dengan Airis dari pikah (dulu) yelah Airis kat Dubai time tu aku sanggup pagi pagi buta tak tidur lagi sebab nak tunggu dia on9 facebook. Huhuhu boleh kata everyday kitaorg chatting. And aku rapat gila lah dengan Airis dari pikah time tu. Eh jahat lah aku ni, lupa diri padahal dulu pikah yang selalu dengan kau tau ! eh kejam nya, pikah kalau pelempang tu tak sakit dah lama aku suruh kau lempang aku banyak kali untuk hilang kan rasa serba salah aku yang sampai sekarang masih tak hilang ni.
Aku dok busy melayan Airissa , sampai kadang kadang jadi kan pikah macam tunggul wey ! eh kejam nya, act aku buat tu bersebab , sebab time aku rasa salah satu sikap dia mcm annoying gila kot ! ( berbalik pada tadi aku cakap kitaorg bru nak start rapat ofc banyak salah faham) kejam nya aku time tu ! Aku tak nak sembang dengan pikah apa semua, padahal kalau aku sedih pikah still melayan aku, tanya itu ini ! serius kalau korang ada kawan mcm dia jangan buat mcm aku buat ni ! Jangan hilang sahabat mcm dia ni. RUGI ! Pernah aku tak cakap dengan pikah sampai seminggu :'( To be honest sunyi gila kot life aku tanpa dia. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku tak nak tegur dia !
And of course kalau aku jadi pikah pon aku berkecil hati tau. And pikah pergi membawa diri, dia dah tak tegur aku dah :( Hmm sunyi tau. Pertengahan tahun macam biasa Airis akan keluar kelas untuk kawad, and u know what aku sunyi tak de kawan ? And paling mengharukan pikah masih sudi bersahabat kan aku yang kejam ni :') Iloveyou pikah ! Start dari tu aku berjanji dalam diri aku tak nak sakitkan hati pikah walaupun masih menyakitkan. Oky slow slow lah kan.
Lepas tu datang lah seorang sahabat baru dalam geng kami. Iaitu Izzati. wah wah time ni pon ada lagi konflik ! Hhahahahah antara aku dan Airissa Hahahahahha oh sakai nya aku cipta pergaduhan lagi. Afiqah jarang gaduh dengan Airis malah aku rasa tak pernah sebab aku duduk tengah tengah antara diorang so diorg jarang salah faham dan mungkin sbeba tu jugak aku selalu salah faham dengan mereka berdua sebab duduk tengah :3 Hhahahahahah Pikah jarang gaduh dengan Airis sebab dia sendiri cakap dia tak rapat sangat dengan Airis , means tak serapat aku dengan Airis.
Okay berbalik pada budak baru tu, Sebelah Airis ada kosong, satu bari ada 4 tempat duduk, (Pikah , Aku , Airissa , Atirah ) yeah nama dia Athirah, eh apesal nama aku sorang bukan huruf A ni (-_-") ok, Airis ajak Athirah duduk sebelah dia, and Athirah ni rajin sangat bertanya tau, and kadang kadang aku rasa terpinggir dari Airissa (ok aku dah rasa pa pikah rasa ) ya Allah tuhan balas sekejap je ! Ampun Ya Allah. Ok sebenarnya aku tak salah kan Airissa mahupun Athirah aku salah kan diri aku sebab aku yang cepat sangat terasa. Yelah Airissa selalu layan aku kot, aku tanya soklan semua die layan die ngadapa kau sorang and bila tetiba ada Athirah , aku nak tanya Airissa soalan lepas tu dia tak layan sebab terlalu busy melayan Athirah, Wey sedih wey ! aku tahn je air mata time tu, lepastu buat kerja group pulak kalau 1 group 2 orang dah tak boleh group dengan Airis, sebab dulu biasa nya kitaorg group 3 orang. Hmmm nmpk tak kekurangan kat situ.
Aku selalu bertengkar mulut dengan Airis time tu, pikah pon terlibat secara tidak langsung , pikah back up aku. Hahahahahahhaha ya Allah lawak nya kitaorg ni ! Balik dari sekolah tu mesti aku nangis lepastu pikah pujuk. Hhahahahhahahah. Lepastu dah malas nak gaduh aku pon luah lah semua benda yang aku tak puas hati. And lepas daripada tu Airis try to lebih prihatin kepada aku and kitaorg dah jarang jarang gaduh dah. Gaduh biasa biasa je lepas tu baik sendiri ( TANPA MINTA MAAF) Hahahahahahahhahah ego siot masing masing, dengan pikah pon kalau aku rasa tak der mood nak kawan dengan dengan aku tak cakap pape dengan dia satu hari ! Hhahahhaha ya Allah HASLINDA MANA JANJI KAU TADI ? nak jadi org munafik ke ? Hhahahahha ampun kan saya Afiqah sayang.
Lepas dari kes kes berikut kami berkawan seperti biasa, dan mencuba ke arah hubungan persahabatan yang lebih matang. Awal tahun 2014 kita dah faham perangai masing masing Airis ni mcm mne, aku macam mana, pikah macam mana so faham faham sendiri lah, cuma kalau tak puas hati kutuk dalam hati jelah. Hhahahahahah Normal lah kawan kan. Ada lah gaduh jugak sikit sikit tahun lepas, tipu lah kalau tak gaduh langsung. And aku lebih rapat dengan pikah sebab Airis selalu pergi kawad dan selau dengan kawan kawan kawad. Is ok aku paham. And aku dengan pikah dah jarang gaduh sangat. Indah nya waktu tu. Kita habis kan waktu waktu tahun terakhir bersama, ececehhhh Hhahahahah,
Memory solata hajat bersama sebelum Pt3 ! Oh indah nya, Hhahahahah
Ops pikah maafkan kami anda terlalu rendah. Hhahahah salah kan Airis sebab tangkap gambar tinggi tinggi ! eh dia tak tahu ke kau pendek ? eh kuang hajar mulut aku kan ?! Hhahahahahahahahaha
Biar aku cerita kenapa hari hari aku tak indah tanpa diorg dan apa function mereka dalam life aku yang kalau diorg tak der aku boleh down. Macam pikah die paling selalu ada dengan aku, die pemaaf dan selalu beralah dengan aku yang keras kepala ni ! Thnk u Pikah sayang ! muah ciked ! Pikah rajin masak kek lepastu rajin bagi aku rasa ! Kalau datang rumah dengan balik mesti buncit sebab mak dia masak macam macam dah lah sedap ! gendut aku camni ! Hhahahahha Pikah selalu layan kerenah aku, aku suka buli dia dalam kelas, org yg paling suka layan aku bila aku bosan time cikgu mengajar (pasal tu result kami 2x5) Hahahahhahaha nak ajak Airis main ? eh mmg tak lah ! Hahahahahah
Airis pulak dia rajin ke mana mana dengan aku, mcm hang ke selalu aku pergi dengan dia, bab bab menipu ni mmg kitaorg pakar. Hhahahahah kena ajar pikah lepas ni bagi confidant level tinggi mcm kitaorg Hhaahahhahah. Aku sayang sangat kat Airis sebab aku perasan yang Airis lagi sayang aku dari pikah. Hhahahahahah gila sakai kan aku ni ? Hhahahahah yelah pape pon Airis selalu refer aku , luah dengan aku mana aku tak perasan. hahhahahah eh betul tak Airis ? Hhahahah , bab pelajaran anda harus tabik spring dengan beliau ! sebab die mmg bijak nak mathey ! Aku bangga gila kot jadi bestfriend pelajar ranking pertama dalam sekolah. Hahhahahaha poyo gila. eh Airis kau tak malu ke ada kawan ranking ke 70-80 mcm kitaorg ni ? wey malu tak ! Hhahahahah 70 to 80 / 969 pelajar ok, bukan 100. oh kira kami masih bijak lah kan ? Hahahahahahahahahhahahahahahahha Tbh, kalau korang jenis yang kaki sentap nak mathey nie jangan kawan dengan dia, sebab die hati batu sikit. sikit lah. Hahahahahahahhah aku tak salah kan dia, mungkin sebab life dia, dia jadi mcm tu eh mana boleh cerita rahsia kami berdua je. Aherherherher bagi dia kadang kadang benda yang die buat tu biasa tapi tak pada kita.
Aku mula mula pon memang susah nak faham sikap dia, lama lama dah boleh hadam sendiri dah. Dah jadi makanan dalam life aku, kalau bertengkar mulut dengan dia memang kalah sebab ada je benda yang di nak putarkan. Aku n pikah dah paham sangat dah. Kalau dengan pikah pulak pikah mmg asik kena usik dengan kitaorg je sebab dia selalu mengalah dalam semua hal. Hhahahahahha
Okay dah habis cerita :') Motif aku tulis ni, sebab kot lah oneday kita lupa each other aku bukak balik blog ni, korang pon bukan tau ! and baca balik kisah kisah kita walaupun tak semua aku cerita tapi at leats ada lah kan. Nanti boleh throwbck balik dengan cucu cicit korang. Hhahahahahahhah gila merepek lah. Ok bye.
|